Monday, July 9, 2012

Ikhlas kerana DIA


بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Hari ni Isnin bersamaan 19 Syaaban 1433 H, ada lagi lebih kurang 2 minggu atau 11 hari umat Islam menyambut Ramadhan al-Mubarak... Seronokkan dapat tempuh satu lagi bulan mulia untuk tahun ni.. Nikmat puasa memang takkan terasa waktu tengah puasa.. tapi nikmat tu akan kita dapat lepas buka puasa atau lepas raya.. Pernah dengar kan quote "Sesuatu perkara yang baik walau dipaksa tetapi bila sudah menjadi kebiasaan & kelaziman akan datang sendiri ikhlas & redha dalam hati"... Very like this quote...



hmmm.. Cerita pasal ikhlas & jujur.. Nama ku sendiri kalau diterjemah dalam bahasa melayu akan jadi "cahaya keikhlasan / kejujuran".. Walau pendek tapi padat kn?? Saya x berapa minat kalau orang dengan sesuka hati panggil dengan nama pendek amy/emy/mimi.. Hey you!! Nama saya dah cukup pendek untuk dipendekkan.. Suku kata nama2 tu pun dah sama dengan kependekkan suku kata nama asal.. Saya nak tanya apa maksud nama2 singkatan tu?? Kalau tak bawa maksud apa2 tolong hentikan panggilan2 yang mengarut tu.. bole?? saya sangat jujur ke kalau cakap dengan orang dgn gaye macam ni??

muka saya x bole jd macam ni sebab sejak azali muka saya garang kkooottt...

Ikhlas banyak cabangkn?? Kita x tau pun niat ikhlas tu.. Kadang2 memang kita buat sesuatu perkara dengan ikhlas tapi kadang2 bila kita ingat balik perkara tu & kaitkan dengan situasi semasa selalunya bila dalam marah & kecil hati ikhlas yang pada awalnya dah bertukar niat.. Betul x?? Yeeee,, jangan tipu.. Hakikat manusia.. Hakikat hati.. Hakikat kejadian.. Memang akan terdetik rasa nak ungkit...kalau jadi macam ni apa akan jadi keikhlasan kita yang dulu?? hmmm.. Jangan pertikaikan niat itu.. Ustaz cakap keikhlasan kita direct kita dengan ALLAH.. so biarkan niat itu ditimbang oleh DIA.. sebab DIA aja yang lebih tau segalanya..

Kenapa ye saya cerita pasal ikhlas kali ni?? Sebab saya rasa saya dah buat sesuatu perkara dengan cukup ikhlas lillahitaala.. Kerana nak berbakti kepada keluarga sebelum saya atau mereka tinggalkan pentas dunia.. Sebelum saya sebagai seorang perempuan melangkah keluar dari tanggungjawab ibu bapa.. Sebelum saya sibuk dengan naungan baru.. Saya xtau siapa payung saya.. Dimana masjid akan dibina.. Dan siapa yang jadi kontraktor masjid kami itu.. Kita perlu sediakan?? Jodoh pertemuan ajal maut di tangan DIA...Esok lusa saya berjumpa dengan imam saya.. Esok lusa kita pergi meninggalkan semua yang sementara ini untuk hadir ke alam abadi.. Esok adalah teka teki yang tiada huraian & penyelesaian..

nak jadi cute macam teddy bear ni.. bole x?? XD

Terkadang saya terfikir sangat kebudak-budakkan kah pemikiran sy..?? perbuatan & perkataan saya??  Atau saya sentiasa diperbudak-budakkan..?? Entah la.. Kadang terasa diri x cukup matang untuk dilepaskan.. x cukup kepercayaan untuk dipercayai... x cukup yakin untuk diyakini.. entah la..Fikiran seorang anak x sama dengan fikiran ibu bapa.. Fikiran seorang anak muda x sama dengan fikiran orang dewasa... 


Sejak kecil lagi saya suda pasang niat.. Pasang angan2.. Bukan angan2 mat jenin.. Saya nak corakkan kehidupan keluarga saya dengan cara sendiri.. dengan cara yang diredhai.. Dengan cara yang dipersetujui.. Saya xnak ikut cara orang hatta keluarga sendiri.. Memang kita akan terikut2 dengan cara family kita.. Tapi yang buruk bole buang tepi atau diperbaiki.. Yang baik bole diteruskan.. Saya x mahu bakal anak2 saya terus terasa hati dengan ibu bapa dia.. Saya cuba perbaiki diri...tapi hati manusia.. Selalu kecundang.. x seiring fikiran & perbuatan....


Cukupla apa yang terlintas di fikiran.. Mungkin hati terlalu sensitif kala ini.. Teruskan ikhlas kan hati.. jadi seperti nama diberi..  sentiasa menjadi "Nur Aimi"... 





No comments:

Post a Comment